Saya Tak Tahan Tenaga Suami Terlalu Kuat, ‘Main’ Sampai 12 Jam Non Stop – Saya nak share kisah rumahtangga saya. Nak buka cerita pun malu tapi selama ni saya pendam sorang2. Harap perkongsian saya ni dapat memberi manfaat dan pengajaran pada pasangan yg lain.
Hmm..saya dan suami bernikah atas dasar cinta. Selama 8tahun bercinta penuh suka duka akhirnya pada 2014 kami bernikah dan Alhamdulillah dikurniakan seorang cahaya mata. Kisah sedih saya bermula bila dapat tahu suami terjebak dengan Ais/Syabu. Atau biasa dia panggil ‘cas’. Sebenarnya dia dah ambil dadah ni sejak sebelum kawin lagi tapi saya tak tahu la seteruk ni. Saya perasan suami jarang ‘bersama’ dgn saya.
Kadang2 sebulan sekali je itupun lepas dia ‘cas’. Dia akan jadi suami yg romantik/baik/pendiam. Waktu ni la nafsu dia membuas mengalahkan binatang. Kadang2 sampai saya tak mampu nak layan. Yelah, dia amek dadah untuk tenaga mana nak larat saya melayan. 12jam non stop,kau tak gila?
Kebiasaannya lepas ambil dadah tu suami tak tido 1-2hari. Lepas tu dia akan tido tak sedarkan diri berhari-hari. Bila gian abes, mood dia akan berubah. Abes saya dimaki diterajang ditampar.
Dengan hilusinasi cakap ada suara2 bisik kat telinga, Macam macam lagi. Setiap hari memang saya ni jadi bahan makian dia. Dia ni keje sendiri jadi tak kisah lah dia nak keje ke tak,ikut suka hati dia je.
Nafkah jangan cerita,zahir batin terabai. Most of the time,saya yang keluarkan duit utk belanja keluarga. Saya tak bekerja, student ipta sepenuh masa. Ada la dapat elaun sikit. Sampai skrg ni habis barang kemas saya tergadai.
Saya tahu hisap ais ni tak boleh berhenti. Ye kan? Jadi saya harap pada pasangan bercinta kalau anda tahu pasangan anda ‘mat gian’, tolong hentikan niat nak berumahtangga kalau tak anda akan menyesal seumur hidup. Kenapa saya tak bercerai? Mungkin ini balasan utk saya sebab melawan cakap org tua sebab nk sgt kawin dgn dia. Sekian.
Hukum Menuntut Fasakh & cerai daripada suami penagih dadah
Masalah rokok dan dadah telah mula merebak di kalangan umat manusia sejak beberapa kurun yang lalu. Walaupun mereka ini mengetahui rokok dan dadah ini boleh membinasa dan merosakkan sel manusia,
namun ia langsung tidak memberi kesan terhadap mereka untuk terus menghambakan diri kepada najis dadah dan rokok ini seterusnya mengubah peradaban manusia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pihak kerajaan dan Pertubuhan2 Bukan Kerajaan (NGO) telah menjalankan pelbagai aktiviti dan kempen untuk memberi kesedaran tentang bahayanya najis perosak ini namun ia sedikit pun tidak menampakkan kesan yang positif.
Pelajar dari Sahah Alam berkongsi cara dia menjadi jutawan!
Hingga akhirnya pihak kerajaan terpaksa menyediakan tempat khas untuk perokok ini demi menjaga masyarakat yang lain dari terjerumus ke lembah kebinasaan akibat perbuatan yang tidak berfaedah ini. Seperti yang kita semua ketahui, kemudharatan akibat najis dadah dan rokok ini bukan sahaja kepada si penagihnya, bahkan turut mengundang kebinasaan kepada masyarakat sekelilingnya khususnya kepada isteri,
anak2 dan sesiapa yang tinggal bersamanya. Antara kemudharatan yang jelas ialah pernafasan dan pakaian yang berbau dan berpindahnya penyakit akibat asap rokok dan dadah ini kepada ahli keluarga sekelilingnya. Selain itu, najis ini juga akan mendorong si penagihnya berkelakuan buruk akibat kesempitan wang yang dialami.
Ini kerana mereka ini terpaksa menggadaikan nilai nafkah yang sepatutnya disalurkan kepada ahli keluarga mereka semata2 untuk memperoleh najis perosak ini. Akibat dari masalah ini,
maka timbullah perdebatan mengenai isu yang diutarakan kali ini. Menurut persepakatan Ulama’2 kontemporari, jika si isteri yang menjadi hamba kepada najis dadah @ rokok ini si suami tidak ada hak untuk menuntut fasakh kerana si suami mampu menyelesaikannya dengan talak. Ini kerana ketagihan itu bukanlah satu aib yang boleh berjangkit melalui hubungan persetubuhan antara suami dan isteri.
Maka disebabkan faktor inilah Mazhab Hanafi tidak membolehkan kepada untuk menuntut fasakh. Tetapi berbeza pula dengan Jumhur Ulama’ yang membolehkan kepada suami dan isteri menuntut fasakh tetapi dengan syarat aib tersebut aib yang menjijikkan.
Tetapi ketagihan ini bukanlah di dalam kategori aib tersebut. Jika si suami pula yang ketagihan rokok dan dadah ini, maka Ahli2 Feqah masa kini berselisih pendapat adakah si isteri ada hak untuk menuntut fasakh. Pendapat2 mereka adalah seperti berikut :
PENDAPAT PERTAMA : Isteri mempunyai hak untuk menuntut fasakh tidak kira sama ada ketagihan suami itu sebelum terjalin ikatan perkahwinan atau selepasnya. Pendapat ini merupakan pendapat yang paling popular bagi ilmu Fiqh masa kini. Hujah pendapat ini ialah ketagihan rokok dan dadah ini merupakan suatu aib yang amat menjijikkan bagi si isteri yang sihat tubuh badannya.
Maka dia mempunyai hak untuk menuntut fasakh demi mengelakkan sebarang kezaliman ke atasnya. Selain itu ketagihan rokok dan dadah ini juga akan mengundang kemudharatan kepada si isteri.
Maka hal ini perlu dielakkan berdasarkan dalil yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad & Ibn Majah riwayat Ibnu Abbas sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda : لا ضرر ولا ضرار Antara hujah mereka lagi ialah ketagihan merupakan satu sifat yang berterusan disebabkan si penagih tersebut sukar untuk menghentikan perbuatannya itu
Maka jalan yang terbaik adalah dengan berpisah. Allah SWT dengan jelas menyebut di dalam Al-Quran : “وإن يتفرقا يغن الله كل من سعته” yang bermaksud dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan (keperluan) masing2 dari limpah kurniaNya.
Saya Tak Tahan Tenaga Suami Terlalu Kuat, ‘Main’ Sampai 12 Jam Non Stop
Reviewed by OH! GILA MEDIA
on
6:45 PM
Rating:
No comments: