KANGAR: Sekiranya terdapat pegawai dan anggota mempunyai berat badan yang belebihan, mereka berdepan dengan kemungkinan tidak akan dipertimbangan kenaikan pangkat.
Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah, setiap anggota dan pegawai perlu melepasi ujian Indeks Jisim Tubuh (BMI) bagi memastikan mereka mempunyai berat badan ideal.
Jelas Zulkifli, langkah itu merupakan matlamat untuk menerapkan budaya hidup sihat di kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar dapat menjalankan tugas dengan baik serta memiliki tubuh badan yang cergas.
Beliau ditemui pemberita pada Program Kepolisan Berprofil Tinggi Kayuhan Basikal Cegah Jenayah sempena lawatan rasminya ke Perlis, yang baru tiba dari Pulau Pinang dan Kedah, meninjau banjir di negeri berkenaan.Beliau bersama pegawai dan anggota PDRM Kontinjen Perlis turut membuat kayuhan basikal sejauh 20 kilometer di sini, yang turut disertai Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias.
Menurutnya, program itu selaras dengan objektif pengenalan program ‘Trim and Fit' yang diperkenalkan pihaknya tahun lepas, bagi memastikan tahap kesihatan pegawai dan anggotanya menjadi lebih baik.
Sumber- BERNAMA

Angota Tidak Dinaikkan Pangkat Jika Berat Badan Berlebihan
Reviewed by OH! GILA MEDIA
on
11:35 PM
Rating:
No comments: