Oleh kerana sering mendapat kritikan dan kecaman daripada netizen kerana beberapa video bersikap pelik ketika melakukan live di Instagram, baru-baru ini Iqram Dinzly memberitahu dirinya sudah tidak kuat lagi untuk meneruskan semua ini.
Melalui Instagram Live malam tadi, Iqram memberitahu dirinya sudah ‘tidak larat’ untuk hadapi semua ini lagi.
Malah, Iqram memberitahu dia tidak mahu disebabkan dirinya keluarga serta pengikutnya bergaduh dan berpecah belah hanya kerana video-videonya.
Malam tadi, sambil memandu Iqram telah membuatkan ramai netizen bersedih dan simpati dengan situasinya.
Rata-rata pengikutnya meminta Iqram untuk terus kuat dan bersabar. Malah ada juga minta Iqram untuk tidak berputus asa melawan segala perasaan yang dirasainya
Terbaru, Iqram ada memuat naik satu gambar di Insta Storiesnya dan mengakui segala tomohan yang diterimanya itu benar.
Malah Iqram turut memberitahu dirinya jadi begini kerana netizen. Iqram turut mempersoalkan apakah salahnya sehingga jadi begini.
Di akhir posting tersebut, Iqram ada memetik lirik lagu Inilah Barisan Kita dengan meminta orang ramai untuk taburkan bunga di atas pusaranya.
Dalam masa yang sama Iqram turut menggunakan hashtag #salamterakhir.
‘#Salamterakhir’ aku dah tak kuat lagi - Iqram Dinzly
Reviewed by OH! GILA MEDIA
on
6:03 AM
Rating:
No comments: