AL-FATIHAH: Punca Sebenar Adik Firdaus Pergi Menghadap Illahi



SEREMBAN: Muhammad Firdaus Dullah, 16, remaja Orang Kurang Upaya (OKU) yang dijumpai dalam keadaan menyedihkan pada tahun lalu meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini, tengah hari semalam.

Dia yang tinggal di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di sini, diserang sawan ketika makan tengah hari menyebabkannya dihantar ke HTJ. Pengarah HTJ, Dr Ariffin Mohamad, berkata Firdaus menerima rawatan kecemasan, tetapi disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.15 tengah hari dan bedah siasat akan dijalankan untuk menentukan punca sebenar kematian.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembanguna Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norhayati Omar, berkata setakat ini tempat Allahyarham dikebumikan belum dipastikan lagi, manakala kerajaan negeri akan menanggung kos pengebumian.

Pada 21 Jun tahun lalu, Firdaus ditemui dalam keadaan menyedihkan ketika operasi Jabatan Imigresen negeri yang memburu pendatang tanpa izin di kawasan rumah pangsa Taman Semarak, Nilai. Dia ditemui dalam sebuah rumah dalam keadaan kurus kering, kotor dan hanya memakai baju T yang koyak dan reput serta berlumuran najis.

Firdaus kemudian dirawat di HTJ dan diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ibunya, Lolanopita Sadi, 40, pula dihukum penjara empat bulan mulai November tahun lalu kerana mengabaikan dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan.

Muhammad Firdaus kemudian ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban.

AL-FATIHAH: Punca Sebenar Adik Firdaus Pergi Menghadap Illahi AL-FATIHAH: Punca Sebenar Adik Firdaus Pergi Menghadap Illahi Reviewed by OH! GILA MEDIA on 3:58 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.